PORTAL KETUA PEMUDA
UMNO BAHAGIAN SERDANG
Assalamualaikum wbt dan Selamat Datang ke Laman Portal Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian saudara saudari kerana sudi menjenguk laman portal saya.Portal ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk berkongsi cerita dan juga artikel untuk tatapan semua.Portal ini juga akan menjadi pemangkin untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara kita. Bagi pihak PPUBSerdang saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana akhirnya apa juga yg kami impikan untuk berinteraksi secara terus dengan rakyat dapat kita terjemahkan. Pemuda UMNO secara amnya, kami menjunjung amanah yang telah diberikan dari rakyat, sahabat handai dan juga pucuk pimpinan. Dalam kita berinteraksi, kita perlu sedar bahawa ini bukanlah bermakna kita bebas untuk bercakap perkara perkara yang mengaibkan seseorang, fitnah dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya kita atau pemimpin pemimpin kita khususnya telah mula di tohmah maka wajiblah kita mempertahankan habis habisan.
Maka pada hari ini kita wajib memberitahu rakyat perkara perkara yang akan, sedang dan telah dilakukan Parti Keramat UMNO yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat tanpa mengira keturunan dan latarbelakang.
GAGASAN 1 MALAYSIA yang telah diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak dimana Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan memang tepat pada masanya untuk mengingatkan semula kita semua bahawa sejak Merdeka sehingga sekarang itulah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Cuma kebelakang ini rakyat telah dikelirukan oleh permainan jahat pembangkang yang sengaja mewujudkan persepsi negatif terhadap Pemerintah.
Ungku Salleh bin Ungku Jamal
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang