SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) di Selangor akan tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disebabkan ‘terlalu banyak berjanji’ dengan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, faktor itu akan memberi kesan kepada PR kerana rakyat di negeri ini telah menilai sejauh mana pentadbiran kerajaan itu di Selangor.
“Kita lihat mereka ini terlalu banyak berjanji sehinggakan sampai ke hari ini janji-janji mereka tidak tertunai dan tidak mampu untuk ditunaikan.