Login atau Daftar Bebas!
> Home > News > Add-ons > Krisis kepimpinan PKR jejas pentadbiran
Highlight Highlight
>  News
Krisis kepimpinan PKR jejas pentadbiran
Tanggal 12/07/2010 14:23 Penulis admin Hits 21
Print Pdf Email RSS

SHAH ALAM 28 Jun - Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sekarang ibarat satu pasukanbola sepak yang mempunyai tiga kapten dan ia jelas akan mengucar-ngacirkan pentadbiran negeri itu.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo berkata, pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewujudkan seorang lagi kapten yang menguruskan soal parti di negeri itu.

Sebelum ini jelas Mohamad Khir, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri jelas melangkaui kepakaran Abdul Khalid sebagai seorang ahli korporat yang pernah menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat milik kerajaan (GLC).

''Pelantikan Azmin mewujudkan tiga kapten dalam PKR Selangor, Anwar sebagai kapten yang menjaga ekonomi, Abdul Khalid menjaga pentadbiran kerajaan negeri dan Azmin menjadi kapten yang menjaga parti.




Source: ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
Tidak ada Komentar.
Facebook
User Block
Hai Tamu
IP: 38.107.191.119

Username
Password
Who is online
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x