Dua bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini wakil rakyat Bebas menafikan dakwaan bahawa mereka akan terlibat dalam program jelajah UMNO Selangor untuk mendedahkan sandiwara pakatan pembangkang di negeri itu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebaliknya berkata, beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim merupakan Ahli Parlimen Bebas dan akan terus bergerak secara neutral tanpa memberi sokongan kepada mana-mana pihak.
"Laporan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider ini bukan sahaja tidak beretika, ada agenda tersembunyi dan putar belit malah bertujuan melakukan 'pembunuhan karakter' kami sebagai Ahli Parlimen Bebas.