Login atau Daftar Bebas!
> Home > News > Add-ons > Curi Pasir: MB Selangor Lepas Tangan
Highlight Highlight
>  News
Curi Pasir: MB Selangor Lepas Tangan
Tanggal 28/07/2010 01:37 Penulis admin Hits 8
Print Pdf Email RSS

Kawasan melombong pasir seluas 120 hektar yang telah dikorek sebanyak 20 hektar dengan kedalaman 26.6 meter Kawasan itu terletak kira-kira 16.6 meter berhampiran kawasan hutan simpan rekreasi Paya Indah Wetland. -foto BERNAMA

Pendedahan terbaru berhubung skandal kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal membuktikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'lepas tangan' serta tidak mengambil langkah proaktif bagi menangani kegiatan berkenaan, kata Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.
 
Beliau berkata, aktiviti melombong pasir secara haram tidak akan berleluasa sekiranya Abdul Khalid benar-benar serius membanteras kegiatan berkenaan yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun.
 
"Isu curi pasir di Selangor bukan perkara baru, saya yang mula-mula bangkitkan dulu, tapi masalah ini semakin merebak kerana kerajaan negeri tak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
 
"Sejak pendedahan yang saya buat dulu, Menteri Besar masih berdiam diri... tak ambil tindakan tegas," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media hari ini yang mendedahkan mengenai kegiatan melombong pasir di kawasan seluas 20 hektar tanah terletak kira-kira 50 meter dari taman rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil.
 
Aktiviti yang dipercayai dijalankan di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek.
 
Selain itu, Manikavasagam turut mendedahkan bahawa beliau mempunyai 25 kes serta bukti hasil aduan orang ramai mengenai penyeludupan pasir di seluruh Selangor.
 
"Sehingga kini saya menerima 25 kes yang diadukan kepada saya, orang awam datang bertemu saya dan maklumkan mengenainya.
 
"Malah saya sendiri pernah pergi melihat ke kawasan-kawasan berkenaan sekitar pukul 2 pagi bagi meninjau aktiviti haram mereka... ketika ini mungkin Menteri Besar sedang nyenyak tidur," katanya.


Source: ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
Tidak ada Komentar.
Facebook
User Block
Hai Tamu
IP: 38.107.191.117

Username
Password
Who is online
US 38.107.x.x