Login atau Daftar Bebas!
> Home > News > Add-ons > Pemuda BN Selangor Hantar Memorandum Isu Air Dan Pasir Kepada Sultan Selangor Khamis Ini
Highlight Highlight
>  News
Pemuda BN Selangor Hantar Memorandum Isu Air Dan Pasir Kepada Sultan Selangor Khamis Ini
Tanggal 28/07/2010 06:11 Penulis admin Hits 9
Print Pdf Email RSS

Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor akan menyampaikan memorandum mengenai isu pasir dan air kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini pada Khamis depan.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata memorandum itu bertujuan meminta baginda menasihati kerajaan negeri Selangor supaya tidak menggadaikan masa depan negeri itu semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

"Sehubungan itu kita mengajak rakyat Selangor bersama-sama mengiringi kita pada hari berkenaan untuk menghantar memorandum tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Program Jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan' (SSDE) anjuran Umno Selangor di sini Jumaat malam.

Turut menyampaikan ceramah ialah bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mohamed Satim Diman, Ketua Penerangannya Abdul Shukor Idrus dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi M. Zin.


Source: ::UmnoSelangor::Umno Selangor Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
Tidak ada Komentar.
Facebook
User Block
Hai Tamu
IP: 38.107.191.116

Username
Password
Who is online
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x